Tuesday, February 23, 2010

membuka layar meniti perjalanan

Assalamulaikum......
ucapan salam membuka kembara perjalanan dalam meniti cabaran yang akan ditempuhi esok lusa. sementah aku ini masih tidak tahu tentang perjalanan hidup yang sebenar yang bakal akumtempuhi akan datang. aku juga terfikir bila aku dewasa, semestinya aku memikul tangungjawab yang berat kerana Allah telah menetapkan setiap manusia yang dilahirkan di bumi Allah ini akan diberi tugas dan peranan masing-masing dalam kehidupan yang sementara ini. bagaimana Raja dan Perdana Menteri dapat memikul tangungjawab yang diamanahkan kepada mereka yang dianggap amat berat? cuba tanggungjawab itu diserahkan kepada kita, tidakkah boleh membawa keberantakan terhadap sesebuah negara? sungguh mustahil bagi kau untuk memikul tanggungjawab itu. tetapi aku tidak bermaksud kita tidak mampu untuk memikul tanggungjawab itu cuma manusia yang terpilih sahaja yang mampu umtuk melaksanakan tamggungjawab itu. tetapi tanggungjawab yang amat berat yang dipikul ialah Nabi kita iaitu Nabi Muhammad yang diutus menjadi Rasul Allah yang ditugaskan uantuk menyampaikan risalah Allah kepada seluruh umat manusia. tanggungjawab ini boleh dipikul oleh orang pilihan Allah sahaja. tetapi ada juga yang berani menunjukkan diri yang mengaku diri mereka sebagai Nabi...ini khabar yang sangat mengemparkan umat manusia terutamanya umat islam. bukankah Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah? telah disebutkan nabi palsu akan timbul diakhir zaman ini. mereka ini adalah orang yang tidak pandai bertanggungjawab pada diri sebagai hamba Allah. dari kisah itu aku masih tertaya-taya bagaimana orang yang disekiling kita semakin lupa kepada tangungjawab meraka kepada diri mereka, keluarga mereka, ibu bapa mereka dan tangungjawab mereka kepada negara..........